• Sat, 13 Nov 2021 to Sun, 14 Nov 2021 08:00 PM Petaling Jaya Performing Arts Centre Music

    From RM 50.00

    Sold Out
  • Kugiran Masdo : Temasya Buka Panggung

    Industri Muzik Malaysia dikejutkan dengan kehadiran pandemik yang telah melanda satu dunia. Masdo sangat terkesan oleh situasi ini kerana pendapatan utama adalah melalui persembahan dan rakaman. Namun ia tidak mematahkan semangat Masdo untuk terus berkarya terutama kepada semua peminat yang tidak henti memberi sokongan kepada perjalanan Masdo.


    Temasya Buka Panggung diadakan bertujuan untuk memeriahkan kembali industri muzik tanah air yang telah kian lama sepi. Persembahan ini adalah bagi mengubat kerinduan para peminat yang telah sekian lama tidak menonton persembahan secara langsung. Lagu Yang dimainkan adalah dari 2 album Masdo dan beberapa single yang telah dirilis di serata negara.


    Ditubuhkan pada tahun 2015, band yang dianggotai oleh 4 anak muda Ali Sariah (Penyanyi Utama / Guitar), Asmawi (Guitar Utama / Penyanyi Latar), Putu Ceri (Bass / Penyanyi Latar), Azham Ahmad (Drum).


    Di inspirasikan dari filem Allahyarham P.Ramlee dalam salah satu babak didalam filem DO RE ME, dengan itu tercetus idea untuk mengunakan nama MASDO sebagai nama rasmi kugiran ni.


    Bagi Memenuhi SOP yang di tetapkan oleh kerajaan, pihak KUGIRAN MASDO EMPIRE telah bersepakat untuk mengadakan acara ini secara theater. Bagi memberi kepuasan kepada para penonton, seat untuk acara ini boleh dipilih oleh penonton semasa pembelian tiket.


    Kami berharap persembahan ini dapat mengubati kerinduan peminat untuk menyaksikan persembahan ini secara langsung. Walaupun kita dibenarkan untuk berhibur tetapi sentiasa mematuhi SOP yang di tetapkan bagi kelangsungan acara ini.


    SIT BACK RELAX AND ENJOY THE SHOW


    TERIMA KASIH DAUN KESUM

  • Organizer

    Kugiran Masdo Empire